Login Help Register
My Secret Rendezvous
Life is full of miracles if you take the time to see them ..

Tentang : Secret Rendezvous

Nama Gelaran Secret Rendezvous
Umur 34
Jantina Lelaki
Bandar KL
Negeri/Negara Malaysia
Status Perkahwinan Belum Berkahwin
Kaum Malay


Kaunter Hit : 72081

Komen Terkini
Nig Nog Swedish Cookies
abg SR apa add... (chik_min)
10 Aug 2010 9:38 AM

Nig Nog Swedish Cookies
salam ..selamat... (Cik_Feya)
10 Aug 2010 9:38 AM

Nig Nog Swedish Cookies
salam ramadhan ..... (en_me)
10 Aug 2010 9:38 AM


Kategori

Blog Kegemaran

Penyokong Blog

Arkib



My Scratch Box

Tuesday, August 10, 2010

Nig Nog Swedish Cookies

Ramadhan is here again.. dalam sibuk sibuk merancang nak bertarawih dengan member member, sibuk jugak past year punya customer suruh buat cookies tuk raya. Almost 2 weeks before ramadhan aku dah kelam kabut buat sample. My existing customer dah tak perlukan sample sample tu semua, tapi dia org suh aku buat tuk a new market. Funny thing is, dia org pulak yang nak marketkan cookies tu, sepatutnya aku la yang kena buat sendiri kan? Since aku dah buat, so aku pun buat la jugak lebih sample sample tu untuk di bagi bagikan pada kawan kawan and juga my blogger friends from ekawan dulu.

From where it got it's name aku tak tau la, tapi it's always jadi bahan persenda kawan kawan aku. they re-name the cookies to some dirty names mcm.... errr.. tak elok la nak cakap kan? Then my customer in JB called this as kuih tetek! I guess because of the deco kat atas kuih tu kan? Biasala, orang orang Malaysia ni, kalau otak ak kotor tak sah!

This kuih aku jual satu balang (more or less 50 -55 pieces) for RM 35.00. The usual question for my new customer ialah.. kenapa mahal? Susah aku nak jawab. It's not mahal because harga barang naik (sebab this price is maintained since 2008, tak pernah berubah). Just so you all tau, this cookies are made from Walnut, Japanese Sunflower Seeds, Nestum, White Chocolate Chips, Crisco (Non-saturated fat shortening) dan bahan bahan asas yang lain. So I guess, that explains the price kan?

Cookies ni sangat rangup dan rasanya lemak masin and manis... nak tau rasala dulu, and kalau nak sample bagi tau yer?

Kalau siapa siapa nak order, my phone no is Digi 33 empat empat 666 atau Digi 363 5353... sms lagi senang.. kalau call kadang kadang kalau tengah bz I tak dengar. Anyway, for those yang tak pernah tengok rupa cookies ni, here are the photos; taken fresh from the oven!


Tag/Label : passion & my signature
Dipostkan @ 09:38 AM | 7 Komen | Report Abuse

Sunday, June 6, 2010

Talam Suji (Semolina Cake)

Honestly, I never knew that this ‘kuih’ even existed, till 2006 when Adan told me that his mom used to make it. I only knew that semolina always associate with cookies that was quite popular here in Malaysia. But the funny thing is, though they call it Semolina cookies but it was from ghee, nothing from semolina flour (Only that I didn’t know whether that semolina flour was made from ghee or otherwise. I need to find out about that one fact) I’ve heard about semolina cake though, but never even tasted it. So, it’s kind of weird to me. However, I got the recipe from Adan’s mother and put it to experimentations and voilla! It’s heaven.

Some of the ingredients that I use to make this talam suji are semolina flour, wheat flour, eggs, pandanus leaves, brown sugar and coconut milk. It has a fragrant and sweet taste from the semolina flour and pandanus leave on the bottom layer, and sweet and creamy taste of brown sugar on the top layer.

Below are some of the photos of Talam Suji that was taken when I got the order from Bangsawan Kiosk in Pavillion last week.

The price per piece is RM 0.30 and the minimum order is 50 pieces (self collect) and 100 pieces (I can arrange to deliver if it’s in Klang Valley Area)  

Fresh from the tray
Tea Time 


Tag/Label : recipe & my signature
Dipostkan @ 08:32 PM | 4 Komen | Report Abuse

Wednesday, May 5, 2010

Cinta KU ke bumi LA

Dah lama aku tak bersantai di balkoni sambil menikmati  dada langit waktu malam, tapi saat ini aku terpanggil untuk duduk di sini, menzahirkan rasa yang tersirat dalam hati.  Lucu, aneh, bodoh, indah, semuanya terasa. Kata orang,  cinta itu buta, cinta itu gila .. aku mula merasakan sebahagian besarnya adalah benar.  Bukanlah maksudnya  aku ini dilamun cinta, tapi bukan juga aku tidak di lamun cinta.  Ah gila pernyataan ini kan? Sesungguhnya aku tidak dapat menebak,apakah ini yang kurasakan.  Aku pernah terbaca ungkapan yang cinta itu sering hadir tanpa diduga, di tempat dan waktu yang tak terjangka.  Serasakan saat ini, semua itu adalah benar, walau dari segi praktikal dan logiknya jauh tersasar.               

Aku rasa aneh, mengenangkan  kenapa aku berperasaan begini.  Pertemuan dengan dia buat kali pertama tidak  membuatkan aku terasa asing.  Malahan senang sekali.  Walaupun tidak tahu latar belakang masing masing, dan ada ruang sepi tanpa bicara yang hadir semasa bersama, itu tidak membuatkan aku merasa janggal.                 

Anehnya juga, sebelum bersua, aku merasakan yang ianya sekadar pertemuan yang tak akan ada bezanya dari pertemuan pertemuan yang lain.  Berjumpa, berkongsi cerita lantas menjadi teman bicara selepas itu.  Tapi ternyata telahanku silap.  Berjumpa, selesa lantas aku mengharapkan agar ada suatu ikatan yang akan terjalin antara kami yang lebih dari sekadar teman biasa.                 

Yang bodohnya, kami bersama sekadar dua malam, berpusing-pusing meredah kota. Makan, bercerita.  Tapi kenapa tiba saat dia ingin berangkat, hati aku terlalu berat. Aku cuba menahan sebak di dada, agar tidak kelihatan bodoh di matanya.               

Aku berterus terang, yang kepergiannya akan membuatkan aku rasa kehilangan.  Yang aku menyenanginya, yang aku mengarapkan agar rasa itu dapat dipupuk sekiranya dia juga miliki perasaan serupa.  Tapi jelasnya, mungkin ini sekadar perasaan ‘sementara’, yang akan aku alami kerana kami baru saja bertemu.  Iaitu, setelah dia pergi beberapa minggu, perasaan itu akan hilang, dan aku kembali seperti biasa.  Aku  amat berharap agar kata-katanya itu menjadi kebenaran. Agar rasa itu akan hilang bersama masa, kerana rasa ini sangat menduga,  sangat merusuhkan, sangat memedihkan.  Tapi siapa tau kan? Cinta itukan gila?                

Persoalannya, kenapa hanya dengan dia perasaan ini hadir? Dia bukan org pertama yang aku temui dalam situasi begini.  Sudah banyak yang hadir dan berlalu pergi.  Aku tidak pernah merasakan kehilangan yang sebegini ketara, tidak pernah rasa rindu yang sebegini perit sehinggakan aku sentiasa mengerling telefon bimbit dan juga mesej dilaman facebook ku, agar ada berita darinya, sedangkan saat ini, sudah tentu dia baru saja mendarat dan masih berhempas pulas untuk  menguruskan segala keperluan di bumi yang asing baginya.  Orang lain hadir lantas pergi.. namun kenapa DIA, hadir dalam hidupku, berlalu pergi, tapi memorinya kemas terpahat disini?. Ironinya, aku tidak cuba untuk menghalang rasa itu dari hadir, tidak juga menjauhi.               

Dia pernah menyoalku ‘andainya aku rindu pada kamu, bagaimana?’  Aku bungkam kerana aku tidak ada jawapannya.  Sedangkan, ketika rasa itu menyelinap masuk dalam dadaku, dan aku tahu yang dia akan pergi.. aku sudahpun merasa rindu terhadapnya, dan aku tidak tahu bagaimana harus aku menanganinya.  Ketika  lambaian tangannya mengakhiri pertemuan kami disini, aku melihat hatiku juga telah di bawa pergi....

 


Tag/Label : matters of the heart
Dipostkan @ 12:30 PM | 18 Komen | Report Abuse

Wednesday, May 5, 2010

Sayang itu ...

Sayang itu ... adalah sesuatu yang kamu pertahankan dengan sesungguh hati ...

 


Tag/Label : matter of the heart
Dipostkan @ 03:23 AM | 4 Komen | Report Abuse

Thursday, April 29, 2010

Untitled

Malam kelmarin jumpa Si Irni n Leeza (Ex-coursemate Adan) kat Pecel Lele Sri Nilam, dia orang sibuk berdiskusi pasal next trip.  Yang Lawaknya, places of interest tu dari Hanoi, membawa ke Bandung (Walhal si Adan baru jerk balik dari sana 3 hari lepas and minah dua org tu pun dah ke sana last year). Then membawa ke Hong Kong, langsung ke China and because of the excitement yang sangat memuncak and that proposed trip was on November, dia org nak la pulak membuat pre-holiday dalam negeri jer May ni.  Si Irni nak ke Penang then Perlis membawa ke Padang Besar n lagi atas sikit.  Si Adan nak ke Penang and Langkawi... begitu jugala Leeza adanya.. aku Cuma duk sibuk mengelirukan fikiran dia org dengan mengsuggest tempat2 lain yg membuatkan dia orang ada rasa indecisive, last last tak tahan with the pressure aku yang kena marah! Hahaha..

In between tuh, Irni duk sibuk complaint that Adan ngan aku dah lama tak buat slumber party kat umah... masak2, jerit2 etc etc.. then dia bising pasal aku post entry aku masak tapi tak ajak dorang, and knowing that Adan ada masak n still tak ajak jugak...

Anyway, dek kerana kebosanan yang teramat sangat, semalam, aku membuat kek cawan .. malas nak narrate panjang2.. guna bahan yang dah ada kat umah aje, malas nak deco yang extreme, so aku buat yang senang ... Chocolate Swirl Cup Cake katanya.  Here it is!

Begini ler rupa bentuk di dalamnya..

 Yang nih bear kwn aku kasik masa buat bash kat Bukit Bintang dulu

yang dua ni just untuk halwa mata...

 


Tag/Label : recipe & my signature
Dipostkan @ 11:47 AM | 9 Komen | Report Abuse

Tuesday, April 27, 2010

A Major Weeper

You might laugh on my face if I tell you this, or you might even tell me that I’m a pussy… but truth be told.. I am a guy who cry a lot.. by a lot I mean, almost about everything that can touch my heart.  Still nak tau how? Ok, I cried like 38 times over 4 seasons of ‘Ghost Whisperer’s’ Episode.  That doesn’t give you the idea?  Ok, when I broke off my relationships, I cried over songs ‘Getaran Cinta di Jiwa & Sedalama Mana Cintamu.  And even, I still cry whenever I think of how my dad always said ‘tak apala kalau macam tu’ – just to make me feel better that what I have lost, won’t be missed that much.

I cried some years ago when I get so angry that I didn’t get the chance to punch my brother for almost slapping my sister, just because I’m a younger brother and my dad always reminded me to always have respect for the elders.

I cried one day, over a steamed crabstick, when it reminded me of a friend that I’ve lost forever just because I told him that I don’t love him.  I cried because I can’t possibly give him my love in return.  I cried because he loved me and I’m not and I lost the friendship that we’ve built over 5 years and that crabstick is the only reminiscence of him that I have left – knowing that he loved it very much.

I cried when my sister gave me her last RM 50 notes even though I didn’t need that money as much as she did.  Knowing that love can surpass everything in the world, even lives to some people.  So you decide, was it good? Or was it bad to cry? I mean for a guy like me. Well, as if the world didn’t know already that a man is a symbol of ‘toughness’ kan?  Tapi was it wrong?

 I was at the park today, jogging; when it triggered me to tulis this entry.  A father, scolded her son for crying when some boys pick a fight on him.  Telling that he should toughened up, and stop acting like a girl.  Well it’s their family’s business for all that matter but I don’t see why he should tell the boy to stop crying by shoving in the negative thoughts like that.  Was it because a wounded ego? That he feel ashamed that he didn’t raise a son, tough enough to not even shake even if the whole world tumbling down on him?

Was it so bad to express your feeling of angry, frustrated, sad, overwhelmed by shedding your tears?  For the parents out there, would you be happy if your son or your kids would be able to cry? Or would you be happy that someday, when you, or their loved ones pass away … they didn’t shed any tears?

 


Tag/Label : matters of the heart
Dipostkan @ 07:35 PM | 11 Komen | Report Abuse

Wednesday, April 7, 2010

What Good is a Heart?

Looking at the big gap in between my entries, I realized how time flew.. and trust me, it’s faster than I could’ve imagined.  Feels  like it was just yesterday I broke a few good hearts, defying overflowing love that was presented to me by turning my head to the other side.  Kebenarannya, I still couldn’t figure out what  I want in life.. or in love specifically.  Or maybe I’m not ready.  But, looking at the mirror, I find the visibility of a few fine lines.. meaning that I have in the process of ‘surrendering my things of youth’.  Am I ready for this phase in life? How can I be ready when I’m not ready for commitment, even if it’s a small one?


Tag/Label : all about me
Dipostkan @ 10:33 AM | 7 Komen | Report Abuse

Thursday, April 1, 2010

Mee Rebus / Mee Jawa

Obviously dah lama aku tak masak..since I’m back to KL four months ago, aku rasa tak lebih 2 kali aku masak.  Most of it, Adan yang jadi chef kat umah ni.  As usual, yang jadik mangsa adalah aku.  The usual syarat yg dikenakan adalah.. kalau dia masak aku kena habiskan makanan tuh.. Yang mamat ni pulak, bukannya reti nak berdikit dikit.  I know that aku ni gemuk, but that doesn’t mean ko masak 5kg beras pun aku boleh habiskan yer tak? Tapi terpaksalah, walaupun pahit tekak menelan (I mean perasaan jer, air tangan dia sedap woii (itu juga tak bermakna sampai aku nak jilat tangan dia la kan? Fuiyoooo, kinky tu)) hehe.. terpaksalah aku habiskan.

Tapi semalam petang, as I reached home earlier than him.  I decided to masak.  Well, dah byk kali jugak dia urge me to masak tapi being the lazy me, aku buat derkkk jerla.  Pk punya pk, I decided to make an easy one.. Cuma sekali bohh jer.. akupun masakla Mee Rebus atau Mee Jawa.  Memandangkan aku pun dah lama tak share the recipe, aku decided to post it here:-

Ingredients dia mudah jer

Bawang Putih

Bawang Merah

Halia sikit

Serai

Lada Kering

Udang Pepai / Udang Kering

Serbuk kari sikit

 

Ko blender benda alah ni, then tumis sampai pecah minyak

 

Dalam periuk yang lain rebus keledek and blender untuk gravy dia (so happens that aku beli keledek purple.. tapi turned out to be nice bila buat Mee Jawa ni) Bila bahan tumis dah garing, ko taruk air and keledek blender ni sampai menggelegak.  Then taruk tauhu goreng

 

Notes:- Mee Jawa ni sedap kalau guna daging.. kalau korang rajin, rebus daging dulu sampai empuk, then air rebusan dia tu, korang campur untuk buat kuah dia.  Tapi since aku nih tak suka nak tunggu lama lama, aku substitute daging dengan udang.

 

Sementara ko tunggu kuah masak tu, silalah prepare garnish dia.  Taugeh, daun sup/bwg, bwg goreng(optional), limau kasturi and cut red chillis.  Then telur rebus.

 

Celur Mee, taruk dalam mangkuk, pour the gravy, garnish it, and yummy! Ready to eat.

 

Seperti biasalah.. resident model aku nih.. si Adan with the Mee Rebus / Jawa... happy trying!


Tag/Label : recipe & my signature
Dipostkan @ 09:31 AM | 15 Komen | Report Abuse

Wednesday, December 30, 2009

Grand Opening - Adan Beauty Salon

Nama Salon tu meng'uja'kan tak?  I guess it did.  Yela, aku rasa dah hampir setahun aku tak eksploit nama Adan ni kan?  Dekat setaun jugak aku hibernating kat kampung.  Ingatkan balik dari bertapa nih, aku makin cantik la... namun???? Hadooooo!! Makin gebu ada la, gi keje sekarang, seluar sumer kena tempah baru.  Nasib baik aku tak bertapa dua tahun, kalau aku bertapa dua tahun alamatnya bukan saja kenba tempah seluar and baju baru, tapi kena tempah  MAUT sekali... hahahah isk, lama betul aku tak bergelak ketawa kat sini... and bergelak sakan ngan kengkawan sejati ekawan aku nih.  Aku tak tau apa dah jadi kat sini... baru jer nak jenguk menjenguk blog kengkawan.  Cuma sorang blogger jer yang aku tau masih hidup walaupun aku tak pasti sesungguhnya dia bernafas atau tidak... MG!! sebab on and off aku akan bersms dengan dia.  Yang lain, sumer nombor phone dorang dah lesap, bersama sama handphone aku yang lesap entah ke mana jugak.  Aku nih bukan setakat kumpul keje jer... handphone pun aku kumpul, tapi kumpul yang rosak jer la... sebagaimana rosaknya akhlak aku, begitulah jua adanya handphone2 aku tu.

 

Well, berbalik kepada Adan Beauty Salon (terpaksa berbalik pada tajuk asal) untuk mempromo bisnes terbaru Adan nih.  Kang tak pasal2 mamat tu sentap sebab aku asyik tumpang promo diri jer.  Lokasinya masih lagi di Pandan Indah dan waktu operasi sampai tengah malam.  Aku ingat lama aku tak der, si Adan nih masih berada di tahap lama, rupa rupanya dah maju.  Yang lebih mengujakan aku dia nih cukup versatile dalam menceburi bidang bisnes nih.  Ko sarankanla apa juga bentuk bisnes, yang pasti dia boleh jalankan, samada bisnes berbentuk produk, bisnes berbentuk servis ataupun bisnes-men.  Kadang-kadang 'mind your own bisnes' pun dia pakar!

 

Masa Grand Opening nih, artis jemputan dia ialah CarMillo Parquet (dia penah membintangi filem Congkak 2, yang aku buat review dua taun sudah)  Adan mempromokan, gaya dandanan rambut terbaru and dia beri nama khas... Rambut Aluminium - The Sarah Connor Chronicles. Cantik tak?

 
Tengok budak dua ekor nih, nak jer aku tangankan dorang... aku penat penat balik keje nak rileks.. dorang sibuk bukak salon kat lumah pulak.. Ciss!!

Ada gaya seorang pendandan rambut bertauliah kan?  Aluminium tu selepas di gunakan jangan buang, boleh buat bakar ayam madu... (ni kira konsep berjimat cermat satu Malaysia - Satu la sangat kannn?)  Lagi satu kalau korang nak sambut new year, pesen ni korang bola tiru la, nanti org akan ingat yg engkau ini sesungguhnya adalah terminator.


Tag/Label : meraban
Dipostkan @ 04:00 PM | 9 Komen | Report Abuse

Friday, October 16, 2009

Breakfast..

Jom breakfast peeps!

 

Breakfast kepala toya ko la SR.. dah nak pukul 12 nih!


Tag/Label : all about me
Dipostkan @ 11:54 AM | 7 Komen | Report Abuse

Thursday, August 20, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak

Salam buat warga e-kawan sekalian,

 

Wow, been a while kan? Kalau tengok daripada last entry dah 6 bulan aku tak jenguk web ni and aku rasa aku dah lost touch with what happening here in e-kawan.  Nak kata sibuk, adalah jugak sibuk.. and mood pun tak der and as usual, when aku at a ‘low’ time in my life, aku tends to be in a ‘low-profile’ mode.

 

I wish to come back here more often, tapi memandangkan Ramadhan is here, that is almost impossible .. yerlah semua family aku meniaga sendiri so bila ramadhan bertandang kerja bertambah, pun begitu syukur alhamdulillah, biasanya rezeki bulan Ramadhan ni melimpah ruah.  Tapi if they all manage to find assistance, lepas2 tarawih tu, boleh ler aku memblog.

 

Harap2 semua warga ekawan sihat2 hendaknya.. Aku nak menghulur dan mengucapkan salam Ramadhan dan andainya ada salah silap and tergurau yg mengguris hati korang sekelian, aku mintak ampun dan maaf yer?

 

Semoga bertemu lagi di entry yg berikutnya..

 

Salam saying … SR


Tag/Label : all about me
Dipostkan @ 10:35 PM | 12 Komen | Report Abuse

Tuesday, February 24, 2009

Cup Cakes

I know my life is busy, but still I have to spare some times to do things I like kan?  Many of you tau that cooking + baking is one of my fav pastimes sbb aku nih kaki melantak (but I don’t mean that my kaki yang makan)  Recently aku involved  in cup cakes baking (after given a b’day present and  galakan dari somebody that’s dear to me).  And after buat dua kali (termasuk the one that MG featured in her blog – that time I was telling that I would want to make this as my part-time income). On Monday ada somebody wanted to order.  Her order was 40 pieces, maybe tak la berapa banyak, tapi for a beginner yg don’t know much about tips and trick of cake baking (especially cup cake), it was a very very good start kan?  The feedback that I received from the girl who ordered is very promising.  Tapi the task that was given is very challenging.  You know why? Sbb this girl tak define the cup cake punya theme, so dia nak aku buat beberapa type of decorations.  Kalau ada theme and colour theme, it would be much much easier.  Actually kalau based on tema, the cake will look much much nicer sebab lebih keseragaman.  Tapi memandangkan I have to cater for my customer’s personal liking, the challenge was mine.  Let me present to you ...  Abang Manis SR’s first cup cake sales...

 

Ta daaaaaa!!!

  Aku jual yg ada cream frosting pada harga RM 1.80 per piece.

Kalau toppingnyer chocolate it will be at RM 2.00 per piece

Kalau guna fondant and sugar craft topping, it will be RM 2.00 per piece jugak (this one have to be told in advance sebab it will take quite sometimes for me to do the bunga or figure guna sugarpaste tu.  But it could be lovely.. little children will like it of course..

 And guess what, aku dapat another 2 orders for the 13th March.  This time the orderer, tak nak yang complicated.  Dia cuma nak certain colour theme and simple deco.  Once aku dah buat nanti, aku amik gambar n feature it in my blog ok? 

Kalau korang rajin tolong la bagi pandangan and probably useful tips for me untuk mengexpertkan diri aku dlm pembuatan ni eh? Kalau nak order pun boleh, and minimum order is in the multiplication of 20.


Tag/Label : recipe & my signature
Dipostkan @ 09:34 AM | 31 Komen | Report Abuse

Friday, February 13, 2009

Aku si Gergasi Lembah! - Cerita Benar

                Morning peeps! Dah sebulan kiranya aku tak berentri ek?  Lama tuuu! Kalau based on my track record memang lama, dan dalam kelamaan ini jugak aku sentiasa merindui eKawan or eSawan or eLawan. Apa2 jela yg kita nak bagi nama kat site weng ni yang kadang2 buat kita happy, kadang2 buat kita geram kan? Rasanya tak yah la bagi tau mengapa aku menyepi begitu lama, sebab korang pun tau aku tengah bz tahap ‘maha’ (lagu Faizal Tahir tak der kena mengena dlm ini cerita), tapi kalau korang tak tau, korang pretending la yg korang tau akan schedule aku yang ketat, bak seluar jeans aku yang pinggangnya 38 ini. Dari hari ke hari makin mencengkam perut aku yang bulat bak dayang bunting bulan ke 8 adanya!  Mana taknya, bila pk opis n kerja aku tension, bila aku tension aku makan, lepas makan aku tension balik, bila tension balik aku tido pulak, bangun tido aku tension, bila tension aku makan semula, lepas tu aku tension balik.. dan proses ini berulang2 dah masuk bulan ke 4 dah skrg ni.  Cuba korang bayangkan, kalau ia berterusan lagi 7 bulan, aku yg chumel sesangat ini, akan bertukar jadi ‘Gergasi Lembah’ (bukan la sekarang aku ni tak gergasi kan? Tapi kiranya masih la gergasi yg adorable, mcm anak jin dlm citer ahmad albab tu), namun.. lagi 7 bulan korang boleh bayangkan tak mcmana transformasi yg akan berlaku pada aku... Cuba korang pegi satu sudut jap... bertafakur dan bayangkan.. SR – Si Gergasi Lembah!!  Auwww mak tak rela! Mak tak rela!

                Tapi aku berentri pagi ni ada sebab.. sebabnya aku tersadai kat Kedai Mamak Bahadur Shah kat area umah aku ni hah! Menunggu kedai moto bukak.  Tayar moto aku pancit! Dalam banyak2 hari, hari ni pulak dia nak memancitkan diri dia.  Geram plak aku.  Dah la kedai moto kul 10 baru bukak! And aku ada appointment ngan Government official at 10.30. Jadik, sementara tunggu kedai moto bukak, aku pun menulis ler entri ni, untuk redakan tekanan kepala hotak aku sambil mata melilau2 tengok kalau2 kedai moto tu buang tebiat bukak awal.  Tapi ada ke pekerja.. ya aku quote ‘PEKERJA’ ya tuan2 dan puan2 sekelian, yg ada inisiatif nak buat kerja2 di luar daripada apa yg termaktub dalam surat perlantikan dorang.  Tak der maknanya kan?  Ya Allah, apa aku membebel ni?!

                Aku jeling moto aku yg kaler biru tu, cantik! Then aku tengok screen laptop nih yang me-refleksikan wajah aku yg jugak cantik! Macam Sharifah Shahora .. eh eh, itu gambar minah yg aku berchatting malam tadi, silap! Wajah aku mcm Vin Diesel! Then aku pandang betul2!!! Patutla moto aku pancit... KECIKKKKK!!!!! (it’s a reverse punya statementla), badan aku ni mcm Gajah Mada, mcmanala moto aku yg cute mute tu tak pancit kan?  Kalau ikut kata kakak aku, aku ni dah tak layak naik moto dah, standard aku kena naik kereta kebal, tak pun lorry crane 3tan.  Aku ni kalau naik kereta kebal, org pertama sekali yang aku akan lenyek dah tentu dia... Hahahaha.

                Okla, kengkawan, mcm reda sikit tekanan aku bila dapat meluahkan apa yg tersirat kat hati kat entry nih.  Nanti kalau aku rasa larat, aku login mlm karang.. and bercerita lagi.  Err sebenarnya aku nak pedajal dua manusia malam ni.  Nak tengok sapa yang masuk jerat.  The details will be in tomorrow...

                Salam Sayang dari SR ittew untuk semua warga ekawan...(Geli tak korang baca?) 


Tag/Label : meraban
Dipostkan @ 09:55 AM | 20 Komen | Report Abuse

Saturday, January 17, 2009

UnExpected Weather Collection of 2009

                1st month of 2009 dah pun nak abis and aku still macam ni, busy mcm genius sesangat!!.  I guess a little late to talk abt new year but still some of us still so concern about it sampaikan banyak benda benda lama nak kena di perbaharui.  Yela, sebelum new year hari tu mcm2 juga nak kena barukan, baju sekolah baru, then masuk sekolah dapat cikgu baru, the most common one is azam baru.  Some jantan miangs nak tambah aweks atau bini baru. It is not a question of whether it is necessary or not  tapi if you find ‘solace’ (bukan cerita James Bond) in it, why not kan?

                Aku ni yang sebenornya, nak cerita pasal baru jugak.  As we all maklum that tahun baru jugak bermakna kenala ada trend baru dalam berfesyen atau aksesori kan? Last new year kalau korang ingat aku juga pernah memperkenalkan dan menggemilangkan semula aksesori kepala yang satu masa dulu pernah menjadi pakaian yang melengkapkan satu persalinan iaitu ‘Tengkolok’ – refer my ekawan’s blog, early 2008.  And this year, memandangkan badan aku tak der bentuk baru (tak susut susut jugak), jadi tak mungkinlah aku nak memperagan pakaian yang akan hip in 2009 kan?  Dah tentu tentu tak der orang nak meng’appreciate’ my effort.  So this year, aku memperagakan satu lagi aksesori kepala.  Ekoran dari komen yang aku terima dari blogger last year yang mengatakan bahawa aksesori yang aku featurekan dalam blog aku hanya sesuai  untuk golongan lelaki, maka pada tahun ini aku telah mengembangkan pasaran sasaran aku kepada dua dua jantina.  Aksesori kali ini bersifat unisex dan boleh digayakn oleh dua dua jantina termasuk pepondans hatta sekali pun.

 

Terima lah....

                                Unexpected Weather Collection 2009!

 

  

-          Aksesori mesra alam yang juga mengamalkan konsep habis madu sepah dibuang; makan pisang & kulitnya jadikan penghias kepala dan bila kepala dah bersemut, buanglah kulit pisang tu yer? 

-          Aksesori ini juga terbahagi kepada beberapa warna, hijau(kulit pisang muda), kuning(kulit pisang masak) & juga merah (pisang raja udang)

-          Aksesori yang juga boleh dijadikan senjata khianat – letakkan kulit ini dilaluan pejalan kaki yg biasanya dilalui musuh ketat kamu, nescaya ada yg akan tergelincir dan tergolek dog!

-          Tak perlu membuang aksesori ini di pusat kitar semula.. cukup sekadar buang merata rata kerana komponennya terdiri dari bahan yang mudah terurai


Tag/Label : meraban
Dipostkan @ 11:28 AM | 28 Komen | Report Abuse

Wednesday, December 10, 2008

Raya

                Raya was a little different this year... aku tak balik kampong, tapi my mom kakak and kakak ipar datang beraya kat umah aku; tinggalkan laki masing2.  Solehah tak dorang? Haha.  Tak buat makanan banyak2 atau grand pun.  Sis-in-law aku masak kuah lodeh, my sis masak sambal kacang, aku buat rendang ayam pencen.  Yang lenlain, beli jerk..

                Yang bestnya, semayang raya dalam ujan.. pastu balik, melantak and sembang.. tengahari aku, kakak ngan anak buah aku pergi berwindow shopping.. Walhal, malam sebelumnya pegi cuci mata dah kat area bukit bintang.  Tumit aku punyalah bisa, tak tau nak cakap macam mana.  Tapi menggagahkan jugak diri.  Last2 dua trip tetamu (kawan2) datang, dilayan oleh mak aku ngan Adan jerk.. nak buat cemana kan? Dorang beraya umah aku, aku beraya kat shopping Complex..

Our Simple Menu

The Family


Tag/Label : family affairs
Dipostkan @ 10:04 AM | 26 Komen | Report Abuse

Monday, November 17, 2008

Alahai...

               Aku nak tergelak bila aku terima satu sms pagi tadi.  Walaupun sms tu bukan sms kelakar tapi I found it tickling.  This is not the first time sebenarnya.  Sebelum ni, selain dari sms, aku ada juga terima beberapa email yang cakap aku ni pembohong besar.  Ni semua gara2 gambar yang sister aku post kat tagged aku months back.  Tolak stroller baby ngan sorang pompuan kat sebelah.  Aweks2 and mamats2 ni semua ingat aku dah kahwin and lied to them about the fact.  Truth is, yang aku tolak tu bukan anak aku, tapi cucu sedara aku.  Dan perempuan yg dengan aku tu, Awek anak sedara aku, bukan wife aku (korang jangan bergossip pulak yg aku nak merampas awek anak buah aku ek?).

                How am I suppose to answer bila dia org make a statement ‘Patutla susah sangat nak jumpa or nak pick up the phone – takut kantoi ngan org rumah rupanya’.  And some even told me that they don’t mind berkawan dengan husband orang and found it even more sexier.  Tak ker biol namanya tu?  Tak terpk pulak aku, despite of kemajuan and kemodenan Negara and hidup kita, most of our peoples still like to make assumption kan?(termasukla diri aku sebenarnya).  Anyway aku re-posting the photo here... and some of my cucu sedara (I have around 20 orang cucu sedara sebenarnya, tapi aku post yg mana aku ada gambar dorang jer!)

 

 

Salah satu gambar yang menimbulkan kontroversi .. hehe

 Sherreena Farris – budak ni ler yang aku tolak dlm trolley tu..

Danish Zaino 

Zhariff Cordy


Tag/Label : all about me
Dipostkan @ 10:42 AM | 20 Komen | Report Abuse

Wednesday, November 12, 2008

Young Once Again & Pink (ticklish)

         I’ve been taking lrt to work for several weeks now, probably 7, probably 8.  Couldn’t really remember.  I guess my gemilang and me couldn’t get along well, thus dia asyik mogok.  And being an underpaid employer here in KL, 400 or 500 a month for maintenance is a big burden.  So I decided to give it a cold war at the moment.  Let it rest, sulking for some time till it come to his senses and wanted to be in good terms with me again.  Meanwhile, I’ll take this raging and eager LRT for my mode to commute to and fro to the office.  Alamak, rasa mcm ber pujangga la pulak kan?

                I have no problems with lrt, or any mode of public transport at all (walaupun aku pernah di kidnapped oleh abg teksi membawa aku hingga ke genting sempah!, or even naik bas metro yg membawa aku ke sunway instead of IntraKota(those time) yang sepatutnya membawa aku ke Kampung Jawa) Aku tak choosy and tak pernah serik.  (The earlier part in this paragraph is specially for two friends who gave me a nauseas look when I mentioned bus – yela, dorang anak org kaya and tak nak campur2 naik kenderaan yg org bau busuk bila balik keje kan?  As if ko mati dalam kubo esok lusa mayat ko wangi kan??!!  Koserr!!) And, in some ways, I kind of like it.  It gives me  a better perspective and even a closer look at many facets of life and peoples.  This morning, I get a little bored with the queue and bukak tutup and bukak tutup of the pintu lrt, reminding me of some kind of monotonous life that I’ve been leading for the past months,  so I decided to take bus instead.  Amik lrt to Ampang station and get a bus from there.  I even sms Adan that I’m doing a sexy Catwalk with my John Langford leather bag! Oh! And get a reply that sounds like this “Harus Gempaq satu Pandan Indah kan? Dasar Adiq2!” 

However, there I was, I thot I will be late for work because I got out of the house at 7.56am (I would normally get out of the house at 7.30am to enable me to reach the office around 8.45 more or less). Tapi, by 8.35 aku dah  sampai, so bus is better kan?. Getting in the bus early in the morning really freshen up my senses and jolt me up with some kind of great feeling!  Even tho’ I have to stand (I even stand in the lrt to give way to female passengers hoccay!!  Gentleman tak aku?), I feel revived.  And yes, I feel young again!  At least 10 years younger.  I smiled all the way till I get off the buss at KLCC (the girl beside me might be thinking that I’m some kind of pervert or anything like it.  Yela, senyum2 simpul pepagi kan?  Tapi if she’s sensible then she’ll know that I smiled because I’m happy.  Tak gittew?)

Sampai office, sempat ber breakfast and baca paper.. tapi bila naik and boss dah sampai, the whole great morning turned to disaster bila ada lagi keje2 tambahan yg aku nak kena buat.  Tapi aku malas la nak citer, nanti kang blog aku jadi mcm blog mg plak kan?

######### sambil2 kepit beg celah ketiak and terjengket2 nak keluar dari sini (takut kena hempuk ngan MG)#############


Tag/Label : all about me
Dipostkan @ 09:07 AM | 23 Komen | Report Abuse

Monday, November 10, 2008

Badanku dah tukar Biru plak!

 

Aku 5 bulan yang dulu ;-

Aku ni kena buat invoice and Statement of Account untuk approximately 2000 orang clients.

Aku juga menjaga accounts receivable.

Aku juga adalah  Client’s Service Personnel untuk customer base yang juga 2000 orang (termasuk membalas surat2 aduan dan sebagainya)

Aku adalah Administrator untuk Head Office kami menjaga overall office operations, dari sekecik2 kepada sebesar2nya

Aku adalah secretary kepada boss aku

Aku   sekarang:-

Semua yang di atas dengan tambahan;

Acting HR Personnel yang menjaga 75 orang staff merangkumi

Payroll iaitu, Gaji, Upah, Overtime, EPF, SOCSO, LHDN, Tabung Haji, Bank Rakyat. (Ini termasuklah, mengira, menyediakan laporan untuk bosses, menyediakan Banking Advice, dan juga menyediakan Payslip)

Kebajikan2 yang lain untuk staff, seperti hal2 yang berkaitan dengan cuti (entitlement, merekod dan meluluskan), hal2 yang berkaitan dengan perubatan (MC recording, entitlement, claims reimbursement and liase with panel clinic), hal hal peribadi, disiplin pekerja, menyemak roster untuk staff keselamatan kami yang seramai 21 orang.

Menyediakan surat2 rasmi untuk perlantikan, penyingkiran atau apa2 hal yang berkaitan dengan staff

Executive Assistant – ianya bukan pembantu eksekutif.. memandangkan kesemua tiga orang boss aku adalah US graduate, so agaknya dorang guna terms sana.  Executive Assistant ni mcm PA la.  Bukan Pembantu Am tetapi Personal Assistant.  Dari tiga org boss aku tu, aku adalah PA untuk 2 orang.  Satu adalah COO (Chief Operating Officer) dan CEO (Chief Executive Officer), meetings material, travel arrangements etc etc..

So, korang boleh tolong fikirkan untuk aku tak? Siapa yang aku perlu bunuh dulu? Diri aku atau siapa?

Now, agaknya teramatlah sukarnya untuk aku memfokus kepada bidang penulisan aku .. kalau ada sesiapa yg lebih baik hati, tolong bunuhkan org2 tertentu untuk aku, boleh tak?

Tensi aku dah paras bijik mata ni.. ntah2 esok lusa terjojol keluar!

Huarghhhhhh!!! (2 butang baju aku dah merekah dah ni, jap lagi sure sebelah dada terjojol keluar.. Aku Incredible Hulk.. muahhahah)

p/s : fyi - aku tulis entry nih kul 12 mlm tadi.. baru jerk post.. tsk!


Tag/Label : all about me
Dipostkan @ 12:02 PM | 20 Komen | Report Abuse

Wednesday, November 5, 2008

Badanku Kaler Hijau

                Tak sanggup nak menghadapi hari muka bila balik office hari ni after 1 week of medical leave.  Err, aku memang cam ni ler, kalau tak sakit, lama aku tak sakit. Tapi bila aku sakit pun lama jugak sakitnya... hehe.  When I walked in to the office, boss has a lot to say.  Not about me, but about the other staff.. Dahla aku ni masih dalam keadaan yang agak sakitkan? Tetiba dengar cerita dia yg menyakitkan hati lagi la rasa mcm nak tambah mc dalam 2 atau 3 minggu lagi.  Well, that’s not all.  Our HR head dah last day on the 29th and as much as I expected, aku kena take over kerja dia.. like 70%.  Maunya tak meroyan aku kejap.. g dekat air cond room, tumbuk2 dada sambil kirai2 rambut aku tunjuk tanda protes (walaupun rambut aku sikit, aku bayangkan jerla aku kirai rambut aku tu).  Cuba hantuk kepala kat besi penyokong aircond tapi keras sangat, sakit la plak kepala aku.  Memang aku terkangkang skrg nih, tak buat apa satu pun except reply a few letters from the client.  Aku congak2, aku nak kena cover staff yang seramai 75 orang tu.. perlu ke aku suntik dadah supaya aku boleh jadi incredible hulk?  Walaupun staff buat hal yang kecik skalipun aku mesti tunjuk skill.. besarkan buah dada aku sampai baju terkoyak?  Biar staff aku semua zero defect.  Ish! Ish! Ting tong lagi kepala aku nih memikir, camana aku nak susun jadual kerja aku. Boss pulak has no intention to find a replacement after that bad experience.  She wanted us (aku ngan dia) handle all the HR matter as for now (I hope not Now and forever!). Lemah gila badan and semangat aku at the moment

                Macam nak makan maggi perisa ayam la pulak...

-End of story-


Tag/Label : all about me
Dipostkan @ 10:15 AM | 24 Komen | Report Abuse

Wednesday, October 29, 2008

Rest Day

     I'm down with some serious wheezing that the doctor gave me 2 days medical certificate.  There are lot of things to do at the office that makes me hesitate for a while.  Tapi org kata 'world won't stop moving just because I'm not there for a day' kan?  So berdasarkan atas kata2 hikmat tu la aku take up the offer.  Tapi it's kinda restless when you are just sitting or lie down doing nothing.  There are 9 novels I haven't read at least, tapi with this difficulty breathing, rasa tak selesa pulak nak membaca.  Dvd? I need some concentration too .. so, it's almost impossible.  Last2 ekawan juga the ideal thing to do at times like this. 

     I haven't been in touch with anybody for ages... betul2 haven't had any time to do that.  It's always work and home.  Financially a little below ankle level, so, it's a constraint to do almost any activities at all.  Have to be contented with the office and domestic matter (err belum berumah tangga sebenarnya). hehe.  Friends been calling for a cuppa and such, but I have to turn down their offer.  Really not in the state for socializing.  There are too many things in life that needs to be sorted out at the moment.

     Anyway, I need my e-kawan friends to recce2kan untuk aku, kalau kalau ada warung atau foodcourt untuk disewakan.  As long as it's a strategic location.  I've been thru hell lately.. and working for people didn't do me anymore.  Please let me know if you have some interesting news ok?

     Have a great week ahead ok?


Tag/Label : all about me
Dipostkan @ 11:31 AM | 19 Komen | Report Abuse

Halaman: < Prev . 1 . 2 . 3 . 4 . 5 . 6 . 7 . 8 . 9 . 10 . Next >
Hakcipta © ekawan.com. Enjin Cari Kawan!™. Semua syarat tertakluk.